~Musafir Kelana~

'ingatlah, perjalanan kita hampir tamat...'

A. Tujuan Perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.

Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.

Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.

IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.

QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.


B. Walimatul Urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin


C. Hikmah Perkahwinan

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya.

Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.


D. Nikah Dengan Wanita Hamil Yang Berzina

1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.

2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-sebab perzinaan.

b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.

c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.

Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).


E. Mengetahui Masa Subur Isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.

Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.

hari 1 7 14 21 28 tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-

F. Teori Membentuk Bayi Lelaki Atau Perempuan

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud,

" Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa.

Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi
perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
Caranya :

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.
Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.



G. Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
mengandung :-
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.



H. Adab Suami Ketika Isteri Sedang Mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :-

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya
" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.



I. Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi diwaktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.



J. Mengapa Bayi Lahir Menjadi Kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan.

Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.

Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.



K. Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak

1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung didalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.

Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi.

Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.

Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128

b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak


4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.

- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

- Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama.Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab kan kepada ayah bukan ibu.

Pemilihan nama yang utama
- Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
" Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)

- Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

- Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.

- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

- Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

- Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.

Memberi gelaran kepada anak
- Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.

Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan.
Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.

- Hukum berkhatan
Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

- Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

- Hikmah dan kelebihan berkhatan
a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam.

7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang solat
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan


L. Erti Anak Bagi Orang Tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul.

Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

01. Anak sebagai rahmat Allah SWT
02. Anak sebagai amanat Allah SWT
03. Anak sebagai harta yang tergadai
04. Anak sebagai penguji keimanan
05. Anak sebagai alat untuk beramal
06. Anak sebagai saham di akhirat
07. Anak sebagai sumber kebahagiaan
08. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
09. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan





RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;

  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.


Menurut konsep Ahli Sufii, bahawa di sana terdapat dua tingkat yang amat penting untuk disedari oleh setiap ahli ilmu dan ahli hal. Lebih-lebih buat mereka yang ingin memahami atau memperkatakan(berlisan) berkenaan dengan Hakikat Tauhid atau sesuatu berkenaan dengan Makrifat. Dua tingkat yang tersebut ialah;

1. Tingkat Ketuhanan atau Martabat al-Ilahiyyah
2. Tingkat kealaman atau Martabat al-Kuniyah

Dua tingkat ini juga boleh dikatakan sebagai

  • Perbendaharaan yang tersembunyi,
  • dan Tingkat makhluk
    • Tingkat alam dalam Ilmu Allah,
    • dan Tingkat alam Kuniyah.
  • Tingkat A'yan Saabitah
  • dan Tingkat A'yan Khorijah
    • Tingkat batin,
    • dan Tingkat zhohir
Dua tingkat ini dapat pula dinyatakan sebagai
  • Tingkat yang dapat dilihat dengan Qalbu atau mata hati,
  • dan Tingkat yang dapat di lihat dengan mata kasar.


Tingkat Ketuhanan adalah tingkat Zat Allah bersama dengan Sifat-Sifat dan Nama-Nama-Nya. Tingkat yang tiada boleh dicapai oleh akal sekelian makhluk. Ia dapat diketahui wujudnya menerusi beberapa bukti yang dapat difikirkan dengan akal, dan diterangkan dalam kitab suci. Dengan kata yang lain, bahawa di sebelah sana Tingkat Kealaman itu tidak ada lagi yang dapat diperkatakan selain daripada mempercayai Wujud-Nya Allah. Inilah batas yang dapat dicapai oleh ahli-ahli falsafah dan mutakallimun.

Tetapi Ahli Sufi yang berasa tidak puas hati dengan Makrifat Allah dalam bentuk-bentuk demikian mempertingkatkan lagi usaha Makrifat Allah dengan jalan yang lain. Bukan dengan jalan akal lagi, tetapi bahkan dengan jalan Qalbu yang memandang ke dalam. Terhadap Qalbu yang suci, Allah melahirkan dari Hadirat Sifat Ilmu-Nya, beberapa gambaran yang dapat disaksikan oleh Qalbu itu. Penglihatan menerusi Qalbu ini dinamakan "Syuhud" atau yang lebih sempurna lagi iaitu "Kasyaf". Menerusi syuhud dan kashaf ini, ahli-ahli sufi dapat mengetahui bahawa Tingkat Ketuhanan yang tiada dapat dicapai oleh akal itu, masih dapat digambarkan dengan kata-kata atau isyarat-isyarat dan dapat diperincikan lagi kepada tiga tingkat yakni Ahdiyah, Wahdah dan Wahdiyah.

Inilah asas dan dasarnya sebagaimana yang seringkali di ungkapkan oleh ahli-ahli Makrifat;

Ilmu menurut pandangan ulama ialah perkataan-perkataan dan maknanya. Menurut ArifbiLlah, Ilmu itu ialah mengetahui Asma dan objek-objek(bentuk) yang ditunjukkan oleh Asma itu.

Mengetahui dan mengenali keadaan dan pekerjaan Sifat-Sifat dan Nama-Nama-Nya Yang Qadim di samping memahami hakikat penzhohiran yang ditunjukkan oleh Sifat-Sifat dan Nama-Nama-Nya.

tidak hanya memperhalusi dan mendalami sesuatu kefahaman ilmu itu dengan pembinaan istilah-istilah yang tertentu dan tidak pula sekadar berusaha menghuraikan tasawwur ilmu mengikut definisi, pengertian dan makna-makna yang khusus, tetapi jauh melewati Keadaan dan Pekerjaan Zat Yang Maha Tinggi itu. Mereka adalah golongan yang arif, sentiasa sedar dan sensitif dengan setiap penzhohiran dan Tajalli Allah.

atau dengan kata lain,

Mengetahui dan Mengenali apa itu A'yan Saabitah di samping memahami apa itu A'yan Khorijah

tidak hanya dengan memahami apa erti atau makna A'yan Saabitah itu dari sudut terminologi, kaitannya dengan ta'luq-ta'luq Kudrat, Iradat dan Ilmu yang menjadi bahan bicara Mutakalimun dan kaum falsafah, tetapi jauh memanjat kepada puncak maksudnya, meninjau-ninjau Keadaan dan Pekerjaan Zat Yang Maha Agung itu. Mereka ada golongan ilmu yang kaya dengan sumber-sumber asal sesuatu ilmu.

atau dengan kata lain,

Mengetahui dan Mengenali apa itu Wahdah di samping memahami kesan-kesannya di alam Kuniyah

yang hanya boleh dibicarakan dan difahami oleh mereka yang

  • Mengetahui dan Mengenali apa itu Martabat Tujuh di samping memahami dengan sempurna Ilmu Usuluddin
  • atau
  • mana-mana hamba yang diberikan Ilmu Yang Terus Dari Allah(Ilham atau Ilmu Laduni) hasil daripada pembersihan dan penyempurnaan jiwanya.


Hanya dua golongan ini sahaja yang mampu dan bersedia untuk memperkatakan berkenaan A'yan Saabitah kerana mereka mempunyai "alat" untuk memahami isyarat-isyarat alam tinggi mereka yang terjelma melalui pelbagai kata-kata atau perumpamaan.

Mereka dengan penuh sedar menginsafi bahawa kata-kata atau istilah-istilah atau perumpamaan-perumpamaan atau perbandingan itu hanyalah sebagai menghampirkan faham sahaja, bukannya sebagai sesuatu yang mesti dipegangi atau disandari. Tidak lebih hanya sebagai menghampirkan faham sahaja, kerana mereka sedang memperkatakan sesuatu yang Qadim, sesuatu yang belum mencium bau wujud, sesuatu yang mujmal berhimpun, sesuatu yang maha suci daripada ibarat dan perumpamaan. Sesuatu yang berkenaan dengan erti dan makna, bukan menjejaki maksud sebenarnya.

Mereka juga faham bahawa tingkat-tingkat alam yang mereka perincikan itu hanyalah pada pihak seorang hamba, bukannya pada pihak Allah, kerana Allah itu Maha Suci daripada segala tingkat atau Martabat. Tingkat-tingkat itu tidak lebih dari hanya ingin mempermudahkan kefahaman berkenaan dengan setiap batasan yang diperihalkan. Allah itu tetap Esa dengan Keesaan-Nya dan tidak sesuatupun yang boleh dijadikan analogi atau perbandingan dengan-Nya. Dia tetap bersalahan dengan sesuatu sama ada yang dikhotirkan dengan akal mahupun yang dilihat dalam kasyaf. Tidak ada Dia melainkan Dia dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Zat-Nya, atau Sifat-Sifat-Nya atau Asma-Asma-Nya atau Af'aal-Afaal-Nya.

Sebab itulah mereka yang arif hanya mengehadkan perbicaraan mereka berkenaan dengan maksud alam-alam tersebut(Ahdiyah, Wahdah(A'yan Saabitah), Wahidiyah) hanya bersama-sama dengan ahli-ahlinya sahaja demi untuk menyelamatkan kebanyakan manusia daripada tersalah faham, keliru dan kebingungan yang nanti akan membinasakan mereka. Pun demikian mereka yang arif itu boleh membimbing dan menunjukki hamba-hamba yang lain dengan lisan halnya sebagaimana lisan hal sebatang pokok yang kehausan yang tidak perlu mengungkapkan sebarang kata-kata khusus untuk menunjukkan ia haus. Cukuplah dengan lisan halnya yang layu, kering dan merunduk, ramai orang faham bahawa pokok itu sedang berada dalam "keadaan" kehausan mengharapkan siraman air ke atasnya. Demikian jugalah dengan hal pokok yang berbuah dengan buah yang masak ranum, tidak perlu melaungkan apa-apa panggilan kerana orang yang celik dan cerdik pasti sekali akan faham, itulah buah yang sudah boleh dimakan oleh sesiapa sahaja yang berhajat.

Jika mereka ingin berkata, mereka hanya menghidangkan buah yang masak ranum untuk dinikmati dengan orang lain melalui ungkapan atau tulisan yang berbentuk kalam-kalam berhikmah. Ungkapan atau tulisan yang memperihalkan Keadaan dan Perkerjaan dirinya dengan lengok bahasa yang tersulam halus penuh bermakna.

Satu pesanan daripada Sheikul Akhbar Ibnu Arabi yang boleh dijadikan panduan,

Jika seseorang tak memiliki kepercayaan terhadap apa yang dikatakan oleh sekelompok manusia, hendaklah dia tidak masuk ke dalam kelompok manusia itu, kerana kelompok yang tidak difahami adalah racun yang berbahaya. Wallahua'lam...


salam maal hijrah utk semua... syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan usia, masih diberikan kesempatan utk kt menghirup udara Allah swt di muka bumi ini..

seringkali kt mendengar ungkapan hijrah dimana2.. apakah makna hijrah? adakah sekadar kata2 yg biasa2 sahaja? kekadang ada saja manusia yg mengambil kesempatan keatas sambutan ini yang kononya mereka ingin berubah. niat mereka memang baik tetapi cukupkah sekadar bercita2 tanpa diekori bersama usaha? ah, makin pening pulak bila dihujani soalan2 yang mcmni. bukan apa, kt cuma inginkan perubahan yang sebenar tanpa omongan kosong saja. itu baru hijrah sebenar.

kalau difikirkan kembali, baru kita tahu makna sebenar hijrah ini.. bukan mudah utk berhijrah kalau tiada istiqomah.. sama dengan perjuangan.. kata orang, 'biar sedikit asalkan berpanjangan'.. itu yang paling penting. agaknya ramai juga orang diluar sana yg bercita2 utk berhijrah dari melakukan perbuatan yg tidak baik kepada yg lebih baik.. insyaallah.. sy pun tidak terlepas dari bercita2 seperti itu.. apa yang diharapkan agar Allah swt memberikan kekuatan agar sentiasa istiqomah dalam semua perkara.. insyaallah.. cukup sekadar ini dan moga kt bersua lagi.. salam maal hijrah dari sy utk semua.. aremean...


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah